77

"Ami, dulu masa sekolah you kelas mana?" tanya Mas. Bukan nama sebenar. Aku ringkaskan namanya. Nanti kamu semua sibuk cari dalam Facebook dan Twitter aku.


"Kenapa?" soal aku semula. "Tak pernah nampak?"


"You pernah masuk pertandingan drama kan? Cerita Abu Nawas. Tapi you pegang watak kambing. And in that competition geng Lely yang menang, sebab dia berlakon menangis memang real."


Aku cuma senyum. Aku tak bercadang mahu menjawab tekaan yang itu. Jadi aku pulangkan dengan soalan.


"You pernah masuk pertandingan congkak kan? Menang nombor dua." Mas memang seorang pelajar aktif. Banyak program sekolah yang ada muka dia. Orangnya kecil, cantik dan seksi. Kegemaran ramai pelajar lelaki.


"Yes!" You ingat eh?" Aku rasa, sesiapa pun akan gembira jika ada orang lain yang dapat mengingati peristiwa manis untuk dirinya.


"Sebab I yang kalahkan you."

..

1 comment:

  1. weh aku perasan sendiri ke apa nih? sekolah kebangsaan ke sekolah menengah nih? :P

    ReplyDelete