78

Pagi itu seperti biasa, aku bangun sebelum subuh. Tubuh aku sejak lapan bulan ini awal 90 minit. Kebiasaannya selepas subuh, langit sudah biru, baru mata aku celik.


Winamp yang memang terpasang setiap malam, sebagai iringan tidur, sedang memasuki trek lagu yang baru. Nyanyian Guster.


♪ Im awake, you're still sleeping
The sun will rise like yesterday ♪



"Kau tak pernah bangun subuh ke Mi?" Mak selalu tanya aku. Kebiasaannya aku tak menjawab. Membiarkan mak membuat keputusan sendiri. Sehingga hari ini, tiap kali mak tanya aku cuma mendiamkan diri.


Aku pandang kerusi malas. Tempat tidur aku sejak ayah tiada.


♪ Then you start to fall
But then you rise ♪



"Lelaki, perlu bangkit dulu sebelum perempuan." Terlintas suara ayah, beberapa tahun sebelum dia tiada. "Sebab Adam bangkit dulu, barulah Hawa"

..

No comments:

Post a Comment