126 - Pendapat Aku Tidak Sama Dengan Tuhan

Waktu ayah mati, Diha di Indonesia.


Jika aku mahu lihat ayah, aku akan lihat Diha. Aku akan lihat almari pakaian Diha. Aku akan makan masakan Diha. Potong bawang dan basuh ayam ikan dengan Diha. Kerana perbuatan dan perangai Diha semuanya serupa ayah. Sebulatnya.


Jadi aku faham sepenuhnya. Diha sehingga hari ini tidak menerima ayah sudah tiada. Diha tidak suka ke kubur. Diha tidak mahu pulang ke rumah ini. Diha tak sependapat dengan Tuhan. 


Ayah hidup dalam dirinya. 


Benar dik, ayah masih hidup.


Aku langsung tidak layak menjadi abang kamu. Lambat memahami kamu. Perlahan merapati kamu. Tidak ada contoh dari aku yang dapat kamu kagumkan. Kerana itu, aku tidak kisah mengagumi kamu. Jika ada peraturan yang abang tidak sepatutnya mencontohi adiknya, biarlah ia kekal dosa. Untuk aku capai sekeping dari lantai syurga.


Tapi, kamu harus pulang. Jasad mak masih disini. Jasad mak masih berdetak. Surat ini kekal disini. Kerana aku malu menasihati kamu. Derita kita tidak sama.

..

No comments:

Post a Comment