Sekarang sedang senja. Sana-sini azan Maghrib.Bilik aku biarkan bergelap.
Pada monitor aku sekarang ialah ruangan blogger.com. Window sebelah sedang berkelip-kelip dengan nama Melissa. Dia kata kami satu sekolah. Aku pula cuma mengingati pelajar perempuan yang paling cantik saja. Mengapa pula aku perlu mengingati lebih dari itu?
Antara ribuan manusia yang aku telah temui. Aku mahu keluarkan seorang perempuan darinya. Perempuan yang aku sesali. Pertemuan yang merosakkan hampir keseluruhan hati aku.
Melissa baru menaip.
"I have blue car. I love blue clothes. I love everything about blue except blue movie. Hahaha"
Siapa yang ada facebook aku, pasti tahu gambar profil aku.
Perempuan ini, sedang gersangkan aku.
..
No comments:
Post a Comment