"Apa yang kamu bawa ke Harom?"
Ini adalah pertanyaan pertama ustaz waktu dia menegur aku secara personal. Itu ialah waktu di mana aku sedang duduk bersendirian selepas waktu Maghrib. Memerhatikan manusia, dalam jumlah yang padat bergerak ke satu arah. Meneruskan satu lagi komposisi hidup.
Aku gelarkan tempat ini sebagai "tanah yang penuh dengan kesabaran dan ketidaksabaran". Bangsa Arab masih dengan kejahilannya. Masih dengan kekasarannya. Biadap. Dan yang lucu, mereka pergi ke stadium untuk menonton bola dengan memakai jubah. Tak salah. Tapi kerana ia luar dari kebiasaan aku, jadi lucu bagi aku.
Kembali kepada pertanyaan ustaz.
Tidak. Aku tidak terus menjawab pertanyaannya. Sekadar menghembuskan baki asap yang tersepit dalam dada.
Melihatkan kelakuan aku yang dingin, dia cuma diam. Lalu ustaz turut menyalakan rokok mengimbangi rasa kekok yang wujud antara kami akibat dari tindakbalas aku yang sekadar-sekadar.
"Saya membawa satu soalan. Dan saya bawa satu penyakit," jawab aku akhirnya.
..
Semoga terjawab persoalan,
ReplyDeletesemoga sembuh kesakitan
^_^